Friday 13 January 2012

duit raya....hihihi

Anda mahu duit raya walaupun dah besar panjang? Blog DenaiHati dengan senang hatinya ingin memberi duit raya berjumlah RM100 kepada 10 rakan blogger. Anda terlebih dahulu perlu membuat tugasan mudah dengan menyenarai entry dan link di blog DenaiHati. Blogger yang menyenarai entri dan link paling banyak akan diberi duit raya. Menarik kan, jom join :) Duit Raya RM1000 untuk Rakan Blogger.
Entri dan link Gerrard berjaya dapatkan
Selamat Hari Raya :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Experience of Love.....

Re-Entry
Experience of Love
Setiap orang mempunyai pengalaman dalam bercinta
Bercinta dan berpisah
“Aduhh sakitnya”
Tak semua orang boleh terima perpisahan
Kadangkala merasa serik untuk mencintai orang lain kerana terlalu sayangkan kekasih lama
Perpisahan itu menyakitkan
Menyintai itu adalah kebahagiaan
Namun
Bila kita berfikir secara positif
Sebenarnya
Mencintai itu lebih menyakitkan dari melepaskan cinta
Kerana
Bila kita mencintai seseorang
Lebih-lebih lagi disaat-saat hubungan dalam keretakkan
Sebelah pihak pasti akan terluka
Menunggu masa melafazkan ”PERPISAHAN”
Andai dalam percintaan bila kita merasa perubahan yang ketara dalam perhubungan
Kehambaran kemesraan
Bersedialah untuk melepaskan
Walau hakikatnya hati masih sayang
Memang bukan mudah melihat orang yang kita sayang berlalu pergi
Namun
Percayalah
Kebahagian dalam perpisahan itu lebih bermakna dari
Kekecewaan dalam mencintai
Sakit hati melepaskan
Namun lebih sakit lagi hati
Bila kita tidak dihiraukan
Apatah lagi pandangan dia terhadap kita telah pun kosong
Tiada lagi sayang
Berbaloikah kita menunggu orang yang sudah tidak sayang lagi dengan kita?
Kita tau kesudahan nya
Namun berkeras menidakkan
Terima lah hakikat bahawa hubungan tak mungkin akan kekal tanpa perasaan kasih dan sayang
Kerana percintaan akan kukuh dengan adanya kasih sayang
Tanpa kasih sayang
Cinta tak bermakna
Jangan pula kita menyalahkan dia bila kita tidak diperlukan lagi
Bukankah manusia tidak sempurna
Begitu juga dia
Mungkin kekecewaan yang kita rasa akan berganti kebahagiaan yang kita sendiri tidak sedar
Doakan dia bahagia
Kerana bila kita mendoakan kebahagiaan dia
Kita akan dibalas dengan kebahagiaan juga
Tanamkan dalam hati
“Aku bahagia,bila dia bahagia”
Kerana mencintai bukan bererti memiliki
Wan~Gerrard
Anda mungkin juga meminati marilah bersama sama ^_^

A TO Z OF LOVE

RE-Entry
A ~ Alliance
Cinta itu lahir dari penyatuan dua hati..
B ~ Brighten
Kehadiran cinta mampu menerangi hidup yang suram
C ~ Caring
Namun cinta tidak bermakna andai tidak saling mengambil tahu antara satu sama lain.
D ~ Dear
Ini kerana orang yang dicintai adalah orang yang paling penting dan disayangi
E ~ Enhance
Oleh itu,biarpun cinta ada dihati,namun harus tetap berusaha untuk menambahkan lagi kasih sayang yang ada.
F ~ Forever
Agar cinta akan kekal untuk selamanya
G ~ Good
Untuk menjadi pencinta yang sempurna harus menjadi kawan yang baik pada pasangan
H ~ Honest
Jujur dalam percintaan
I ~ Intelegent
Bijak menentukan mana yang baik untuk si-dia
J ~ Joke
Ceriakan hidup dengan gurau dan senda
K ~ Kind
Hati perlu sentiasa bersih dan luhur
L ~ Loyalty
Setia pada yang Satu
M ~ Manner
Sentiasa jaga tingkah laku dan maruah
N ~ Need
Dan perlu ada rasa saling memerlukan
O ~ Objective
Seperti hidup, dalam percintaan juga perlu ada matlamat dan tujuan
P ~ Passion
Untuk mencapai matlamat harus ada keinginan dan kesungguhan
Q ~ Quality
Cinta yang berkualiti adalah cinta yang ikhlas bukan kerana simpati atau kerana terpaksa.
R ~ Responsibility
Dari keikhlasan akan lahir rasa tanggungjawab.
S ~ Survive
Untuk terus hidup memperjuangkan cinta yang dibina agar sentiasa bahagia
T ~ Tolerate
Sikap tolak ansur harus ada
U ~ Unpredictable
Kerana setiap orang sukar diduga,jadi perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi yang tidak dijangka
V ~ Valuable
Sentiasalah menghargai cinta kerana cinta itu amat bernilai dan bukan boleh dijual beli
W ~ Wish
Cara terbaik menghargai dia adalah cuba menunaikan apa sahaja yang dia inginkan dari kamu
X ~ X factor
Kerana kekuatan cinta adalah pengorbanan
~ You
Yang kamu lakukan
~ Zero
Tidak pernah mengecewakanya walaupun secebis kuman.
 Dari Wan Gerrard~
Anda mungkin juga meminati KUNJUNGILAH SELALU

KECANTIKAN SEORANG LELAKI DAN KEGAGAHAN SEORANG WANITA


kekasih jiwang
I love you
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Kecantikan seorang lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Lelaki yang cantik adalah :

1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
5. Lelaki yang sentiasa berbaik sangka
6. Lelaki yang tak pernah putus asa
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.Perempuan yang gagah adalah :
1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan
Anda semua cantik dan gagah sebenarnya ^_^ THANKS

30 PERWATAKAN WANITA

30 perwatakan wanita ketika dilamun cinta. Juga panduan kepada semua jejaka macho untuk mengenali isi hati wanita lebih dalam. Benar atau tidak, entah mungkin ini dari hasil kajian dan pengalaman wanita itu sendiri. Mari Layan~
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,  dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan- lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Pandangan Gerrard terhadap semua wanita ialah mereka sangat misteri. Misteri bermaksud mereka mempunyai pemikiran tersendiri dalam sesuatu perhubungan itu. Gerrard tidak tahu apa yangada dalam hati dan fikiran mereka  kadang-kadang mereka boleh menjadi seorang yang baik dan jahat. Tetapi yang bagusnya kita memang dicipta berbeza, tak kira dari segi rupa, perwatakan, gaya hidup, pemikiran & sebagainya, dengan ini kita tidak lah berasa bosan bila berkawan. Jadi banyak lah berkawan, makin ramai kawan kita makin memahami calon isteri/suami kita =P TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...

25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita

perkara lelaki suka tentang perempuan1. Bentuk tubuh yang menarik.
2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki
3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. 
4. Lemah lembut
5. Jujurlah 
6. Penampilan yang sederhana. 
7. Jangan perasan 
8. Bermanjalah dengan si dia i.
9. Bijak menyesuaikan diri 
10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia
11. Matang 
12. Jangan sekali-kali membandingkan
13. Jadilah peneman si dia 
14. Jadilah pendengar yang setia
15. Pandai membelai
16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki
17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin t
perkara lelaki suka tentang perempuan
18. Belajar berdikari d
19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas
20. Berterus-teranglah
21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia
22. Belajar menghormatinya
23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna.
24. Belajarlah memasak.
25. Berpendidikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 12 December 2011

hari yang malang

Hari ini saya kena balik kampung kerana opah saya sakit jadi saya kena ikut ibu saya balik kampung untuk ambil opah untuk bawa ke klinik emmmmmmmm mula2 nak pegi makan tempat lain tapi makan tempat lain lak.........eeeeeeeeeeeeeeeeeemmmmmmmmm